Sunday, April 20, 2008

Demam Denggi

Ramai sungguh yang kena penyakit nie sekitar tempat tinggal aku di Seksyen 18 Shah Alam. Aku pernah merasainya pada Julai 2006. Melepak gak kat HTAR Klang dalam 3 hari. Discharge pada 21 Julai 2006.

Tapi kini anak aku yang kecik lak dapat penyakit tu. Demam semenjak hari Selasa lepas hingga semalam masih belum kebah. So, semalam aku bawa ler si Roqib nie ke Klinik Rohana Seksyen 9 Shah Alam untuk tujuan pemeriksaan darah. Takda makmal Ujian Darah lak. Aku sekeluarga pergi lak ke DEMC. Sah kena masuk wad. Maknanya, aku terpaksa ponteng kuliah hujung minggu aku lagi kat UKM untuk minggu ni.

Ketika aku menulis, anak aku masih di sana. Ibunya ada menemankan bersama anak aku yang sulung (6 tahun). Bibir kering dan hidungnya ada mengeluarkan sedikit darah. Seriau gak aku dibuatnya. Adat budak kecik bila demam asyik merengek dan nak dukung jer.. Semoga Cepat Sembuh.

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys