Tuesday, February 23, 2010

Ruhi Hayat atau Ruzy Hazat?

Nama ini memang ada persamaan dengan nama AKU. Tidak pasti samada nama ini diambil oleh ayahanda AKU untuk menamakan aku dengan mengubahsuai sedikit ejaan, aku masih tidak pasti. Ayahanda AKU masih berahsia tentang sejarah nama AKU atau nama-nama orang lain (orang yang mempunyai tokoh) yang diambil untuk menamakan AKU. Sedang AKU melayari internet, AKU terjumpa nama ini yang AKU rasa ianya menarik dan ada kaitan dengan nama AKU.Ruhi Hayat adalah nama pena kepada Ahmad Boestamam seorang aktivis politik dan penulis di zaman menentang penjajah Inggeris 1940 hingga 1957. Beliau menggunakan nama Ruhi Hayat untuk cerpen dan sajaknya yang disiarkan di akhbar Utusan Zaman semasa beliau dalam tahanan di Khemah Tahanan Ipoh pada awal 1950an. Dengan...

Wednesday, February 10, 2010

Nak Jadi Blogger?

Layan 'games' lagi mudahBukan susah nak susah dan bukan senang nak senang.. pepatah biasa yang kita dengar. Untuk jadi 'blogger' sebenarnya bukan susah pun. Daftar akaun di blogger.com atau wordpress.com dan buat satu 'post' serta 'publish'kan dah boleh dikira sebagai 'blogger'. Tapi dikira sebagai tahap 'beginner' lah tu.Sebagai seorang 'blogger', kita mesti bertanggungjawab dengan apa yang ditulis walaupun sekadar kisah fantasia atau himpunan cerita dongeng sekali pun. Kemudian, memilih tema yang sesuai dengan memberi tajuk dan perihal blog yang dicipta. Tema politik, keluarga, e-majalah, berita, buletin kumpulan dan lain-lain.Apa itu blog? apa agaknya, mungkin sebuah jurnal yang boleh dikongsi secara maya di mana penulis boleh menulis tentang...

Wednesday, February 03, 2010

Angkara Siapa?

Ibu sedang menyuapkan air ke mulut Iqa. Suatu petang pada 30 Jan 2010, AKU sekeluarga berlima minum petang di Restoran Khalifah Seksyen 3 Shah Alam untuk 'pekena' roti canai selepas ronda-ronda sebab tak tahu nak ke mana. Memang mati akal kalau nak ronda-ronda di Shah Alam dengan keluarga. Dah semak laman web kalau-kalau ada aktiviti yang menarik di kawasan sekitar. Cuma satu iaitu Pesta Buku MPH di Stadium Melawati tapi tak sempat sebab info tersebut AKU dapat lewat.Kena balik awal sebelum Maghrib sebab malam ini AKU ada program di Wangsa Melawati. Tapi AKU nak pegi dengan siapa ? Nak mengadap KL sorang-sorang memang memalaskan kerana info tentang program tersebut masih samar-samar tentang pengisian dan para pesertanya.Dalam jam 6.30 petang,...

Pages 81234 »

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys