Wednesday, October 12, 2011

10 Tahun Perkahwinan

Genap 10 tahun hari ini (12.10.2012).. aku bergelar suami kepada Rozita Mohamed, ibu kepada 4 anak-anakku.. Mohon kalian doakan kepada Allah Taala agar dikurniakan kepada kami akan segala kebaikan dan keselamatan kami dunia dan akhirat. Amin. Terima kepada kawan-kawan yang mendoakan kami.. Gambar minggu lepas  ...

Thursday, September 08, 2011

Salam Eidul Fitri 1432H/2011

Walaupun hari ini sudah memasuki 10 Syawal, rasanya masih belum terlambat untuk kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1432H/2011Maaf Zahir dan Bat...

Thursday, July 14, 2011

Besdey Rofiq

Pejam celik dah 9 tahun umur anak sulung aka anak bujang aku. Peristiwa menyambut kelahirannya 9 tahun lalu di Hospital Kuala Terengganu rasanya macam baru sahaja berlalu. Permintaan untuk dapatkan basikal ni bukan baru-baru ini tapi semenjak tahun lepas lagi. Lagi-lagi apabila ramai kawan-kawannya sudah berbasikal di sekitar kuarters ini. Oleh sebab ibunya dah berjanji untuk hadiahkan basikal jika Rofiq aka Afiq dapat keputusan yang baik untuk peperiksaan akhir tahun lepas ketika darjah dua, maka janji itu ditunaikan pada hari ini sempena ulangtahun kelahirannya.  Tapi bukan sebuah yang dibeli malah dua buah basikal. Apa tidaknya, si adiknya (Roqib) pun merengek meminta basikal untuknya ketika sama-sama di kedai basikal di Seksyen 18...

Saturday, May 21, 2011

JWJ2 : Debaran Kian Terasa

Hanya tinggal tidak sampai 6 hari lagi, maka Ekspidisi Jejak Warisan Jawi II (JWJ2) ini akan memulakan langkah pertama dalam mengharungi perjalanan darat sejauh hampir 14,000 km yang melibatkan 7 Negara. Aku yang ditugaskan sebagai Ketua Kumpulan Kompang untuk projek JWJ2 akan mengadakan persembahan kebudayaan di beberapa tempat dan kampung yang bakal dilawati. Walau pun sesi latihan kompang kurang berjalan lancar, harapnya persembahannya nanti tidak akan mengecewakan. Khabar tentang projek ini sudah semakin tersebar dan akhirnya telah diangkat sebagai suatu program kementerian (KPKK) dan mendapat rakan media rasmi tujuan promosi dan membuat liputan sepanjang perjalanan kami nanti. Berikut adalah rakaman wawancara Radio 93.9 fm (Bernama...

Monday, May 16, 2011

JWJ : Kembara 7 Negara JWJ2

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD Mafhum Firman Allah Taala : "Oleh itu, Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - Dengan melihat kesan-kesan Yang tersebut - mereka menjadi orang-orang Yang ada hati Yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga Yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan Yang sebenarnya bukanlah mata kepala Yang buta, tetapi Yang buta itu ialah mata hati Yang ada di Dalam dada." (Al-Hajj 22:46) Barisan anggota ekspedisi JWJ2 yang akan menjelajah ke tujuh buah negara bagi misi menyusur warisan budaya Melayu dan Islam yang akan bermula pada 25 Mei hingga 14 Jun ini. Aku (lima daripada kiri/bersongkok) dalam gambar ketika di Stong...

Saturday, May 07, 2011

JWJ : Menjejaki Warisan Melayu

Menjejaki warisan Melayu Kosmo Online 24.4.2011 MENYELUSURI catatan sejarah lama, nama Srivijaya memang mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam alam Melayu. Kehebatannya menakluk kerajaan-kerajaan lain sehingga membentuk sebuah empayar Melayu yang pertama di Gugusan Kepulauan Melayu antara kurun kelapan hingga ke-11 membuktikan ia kerajaan yang sangat hebat ketika itu. Itu kisah dunia Melayu lama. Kisah yang menjadi pencetus inspirasi kepada sekumpulan anak Melayu tempatan yang bersatu merentas tujuh negara untuk menjejak warisan bangsa yang masih bertapak di tinggalan empayar Srivijaya. Begerak di bawah payung Majma’ Warisan dan Budaya Jawi, program Jejak Warisan Jawi, (JWJ) mempunyai matlamat untuk mengesan dan merungkai salasilah...

Monday, April 11, 2011

Jalan-jalan : Kota Melaka

13 Mac 2011 - Selepas menghadiri Walimatul Urus di Paya Dalam, Melaka, kami mengambil kesempatan untuk meronda-ronda di Bandar Melaka. Hang Jebat.. kereta perisai PDRM. Selepas melalui beberapa tempat, akhirnya kami memilih untuk berhenti di Bandar Hilir. Tiada yang menarik untuk membawa anak-anak, maka kami terus tuju ke Kota A'Farmosa. Abang Beca.. sekadar tumpang bergambar. Abang Beca menawarkan kami menaiki beca beliau untuk meronda-ronda di kawasan Bandar Hilir. Oleh sebab bayaran yang diminta agak tinggi (sekitar RM15), maka kami cuma bergambar sahaja dengan beca beliau. 5.36 pm - memulakan aktiviti mendaki bukit. Aku menemai tiga orang anak aku untuk memanjat ke atas bukit untuk setengah jam sahaja. Aktiviti di atas bukit tiada...

Sunday, April 03, 2011

Jalan-jalan : Bukit Belacan

Sepanjang hari ini (3 April 2011), kami enam beranak keluar rumah dengan menuju ke destinasi pertama iaitu Kompleks Warga Emas Seksyen 24 Shah Alam untuk meraikan Majlis Perkahwinan bekas rakan sepejabat di Jabatan Penilaian MBSA iaitu Mohd Najib Zainal dengan pasangannya Hidayah (Pej. Cwgn Kota Kemuning MBSA). SILAU.. matahari petang. Lepas tu terus gerak ke Zoo Negara dalam jam 3.45 petang. Bila sampai di sana, pintu masuk kereta sudah pun ditutup. Cuba cari 'parking' kat luar tapi ada pulak 'sorang' mamat nak 'pau' RM4.00 untuk 'parking'. Katanya, kalau 'parking' kat dalam, kena bayar RM4.10 dan waktu masuk adalah sehingga jam 5.00 petang sahaja. Memandang jam sudah menunjukkan hampir 4.30 petang, niat untuk masuk ke dalam Zoo Negara...

Friday, April 01, 2011

1 April ?

Hari ini (1hb April) pada tahun 2009, aku ke Putrajaya seawal 7.00 pagi untuk melapor diri di JAKIM sebagai Penolong Pegawai. Hampir 80 orang yang sama urusan dengan aku tapi aku cuma pergi seorang diri sahaja. Taklimat pertama bermula pada jam 10 pagi dan berehat untuk makan tengahari seterusnya bersambung taklimat terakhir pada jam 2.30 petang. Masing-masing berdebar jantung menantikan keputusan penempatan yang akan diumumkan pada jam 4.00 petang.Akhirnya, aku dan rakan-rakan lain seramai 32 orang diminta untuk melaporkan diri di Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman. Manakala yang lain pula, ada yang dapat penempatan di JAKIM, JAIS, Darul Quran, Jabatan Penjara, Institut Pertanian, JAWI dan ILIM serta AADK. 30 April 2011 - IPD Shah Alam Tahniah...

Wednesday, March 30, 2011

Hari Polis Ke-204

'Banner' Hari Polis Ke-204 IPD Shah Alam Tahun ini merupakan tahun kedua aku meraikan Hari Polis sebagai sebahagian daripada warga PDRM. Dan merupakan Peringatan Hari Polis Ke-204 dengan tema 'Hala Tuju PDRM Dalam Abad Ketiga pada tahun 2011 ini. Sebanyak sebelas (11) acara yang telah dirancang sempena Hari Polis Ke-204 peringkat IPD Shah Alam di mana aku terlibat secara langsung dalam kebanyakan acara khususnya sebagai Pembaca D...

Gelagat Anak-anak

Gelagat anak-anak aku di padang sukan UKM Bangi. Mereka menemani aku ketika memulangkan jubah dan mengambil transkripsi ijazah pada 15 Ogos 20...

Wednesday, March 23, 2011

Beramal dengan empat jalan

"Maka sesiapa beramal Feqah dan Usuluddin TANPA Tasawwuf Hakikat maka sesungguhnya fasiq ia. Dan sesiapa beramal Tasawwuf Hakikat TANPA Feqah dan Usuluddin maka sesunggunya kafir ia. Dan sesiapa beramal kesemuanya maka sesungguhnya benar ia di sisi Allah. - Imam Junaidi"Frame ini aku 'tangkap' kat sebuah madrasah di Kg Telok Malek, Mukim Naga, Jitra. Aku sampai kat sana pada 5 Mac 2011 lalu pada jam 9.15 malam dengan sahabat-sahabat aku seramai sepuluh (10) ora...

Saturday, February 26, 2011

Lafaz Shalawat

BacaanRujukanاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ[An-Nasa'iy/ 1289, sahih]اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ[An-Nasa'iy/ 1292, sahih]اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ[Al-Muwatta'/ 459, sahih], [Ibnu Hibban/ 1958, sahih]اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ...

Tuesday, February 22, 2011

Layan Catur Lagi

Sebenarnya, bermain catur sangat bagus pasal ia boleh mencergaskan otak dan menajamkan kadar fokus pada diri sendiri. Tapi sayangnya aku takda partner untuk bermain dan takda 'sifu' untuk aku belajar meningkatkan kemahiran aku.. masih di tahap lama. Pusingan 1 - Aku kalah dengan pemain rating 14++.Lagi sekali aku terpanggil untuk memasuki pertandingan catur yang diadakan di Uptown Shah Alam, Seksyen 24 Shah Alam pada 19 Feb 2011 lalu. Pada mulanya aku cuma ajak-ajak ayam ajer kat kawan lama aku yang tinggal di Seremban tapi dia yang bersungguh-sungguh. Katanya dia sudah pun mendaftar dan membayar yuran.Kawan aku tu si FZ telefon aku jam 9 pagi, katanya dia dah sampai di lokasi pertandingan. Sebenarnya pertandingan tu berlangsung sebelah malam...

Sunday, February 06, 2011

Layan Catur

Kali terakhir aku masuk pertandingan catur ialah Sukan Kerajaan Tempatan (SKT) Selangor, MPPJ 2005 pada bulan Julai 2005 bagi mewakili Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Kalau 'takda' SKT memang tak merasa aku masuk pertandingan. Kemudian acara catur tidak dipertandingkan lagi dalam SKT Selangor sehinggalah tahun 2009 oleh MPK (Klang) tetapi ketika itu aku dah tidak bekerja lagi di MBSA.Rofiq tidak bermain hanya menemani sepanjang pertandingan.Tiba-tiba aku terpandang iklan pertandingan Cerdik Catur Kali-2, maka aku cepat-cepat mendaftar sebanyak RM25 ke akaun penganjur (orang yang ke-8 yang membuat bayaran pendaftaran). Oleh kerana aku nak lepaskan gian, aku sanggup tidak ke mana-mana walau pun hari pertandingan jatuh ketika cuti panjang CNY...

Saturday, January 01, 2011

Salam 1.1.11

"1Aqidah.. 1Syariat.. 11Rukun (Rukun Islam + Rukun Islam).""Cuma pertukaran kalendar sahaja.""Hijrah Diri bermula daripada Hijrah Minda.""Selalulah gunakan dan membuka minda bila berbicara. Minda tertutup ibarat penerjun dengan payung terjun yang tidak terbuka.. tidak selamat.""Peluang @ usia untuk hidup di atas dunia semakin pendek.""Tambah Ilmu Tambah Iman Tambah Am...

Pages 81234 »

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys