Wednesday, October 12, 2011

10 Tahun Perkahwinan

Genap 10 tahun hari ini (12.10.2012).. aku bergelar suami kepada Rozita Mohamed, ibu kepada 4 anak-anakku.. Mohon kalian doakan kepada Allah Taala agar dikurniakan kepada kami akan segala kebaikan dan keselamatan kami dunia dan akhirat. Amin.
 
Terima kepada kawan-kawan yang mendoakan kami..
Gambar minggu lepas
 

Thursday, September 08, 2011

Salam Eidul Fitri 1432H/2011


Walaupun hari ini sudah memasuki 10 Syawal, rasanya masih belum terlambat untuk kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1432H/2011
Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, July 14, 2011

Besdey Rofiq

Pejam celik dah 9 tahun umur anak sulung aka anak bujang aku. Peristiwa menyambut kelahirannya 9 tahun lalu di Hospital Kuala Terengganu rasanya macam baru sahaja berlalu.

Permintaan untuk dapatkan basikal ni bukan baru-baru ini tapi semenjak tahun lepas lagi. Lagi-lagi apabila ramai kawan-kawannya sudah berbasikal di sekitar kuarters ini.

Oleh sebab ibunya dah berjanji untuk hadiahkan basikal jika Rofiq aka Afiq dapat keputusan yang baik untuk peperiksaan akhir tahun lepas ketika darjah dua, maka janji itu ditunaikan pada hari ini sempena ulangtahun kelahirannya.

 Tapi bukan sebuah yang dibeli malah dua buah basikal. Apa tidaknya, si adiknya (Roqib) pun merengek meminta basikal untuknya ketika sama-sama di kedai basikal di Seksyen 18 Shah Alam ini. Tiada pilihan lain, maka 'bapak'nya pun membayar sambil pejam mata kepada tokey basikal tu.


Trio Hazat.


"SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN
YANG KE-9 (14 Julai 2002) BUAT ANAKKU,
ROFIQ HAZAT BIN RUZY HAZAT"

Saturday, May 21, 2011

JWJ2 : Debaran Kian Terasa

Hanya tinggal tidak sampai 6 hari lagi, maka Ekspidisi Jejak Warisan Jawi II (JWJ2) ini akan memulakan langkah pertama dalam mengharungi perjalanan darat sejauh hampir 14,000 km yang melibatkan 7 Negara.

Aku yang ditugaskan sebagai Ketua Kumpulan Kompang untuk projek JWJ2 akan mengadakan persembahan kebudayaan di beberapa tempat dan kampung yang bakal dilawati. Walau pun sesi latihan kompang kurang berjalan lancar, harapnya persembahannya nanti tidak akan mengecewakan.

Khabar tentang projek ini sudah semakin tersebar dan akhirnya telah diangkat sebagai suatu program kementerian (KPKK) dan mendapat rakan media rasmi tujuan promosi dan membuat liputan sepanjang perjalanan kami nanti.

Berikut adalah rakaman wawancara Radio 93.9 fm (Bernama Radio) dengan Penasihat dan Pengarah Projek JWJ2 pada 20.50.2011, 8.30 pagi.





Monday, May 16, 2011

JWJ : Kembara 7 Negara JWJ2

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD


Mafhum Firman Allah Taala : "Oleh itu, Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - Dengan melihat kesan-kesan Yang tersebut - mereka menjadi orang-orang Yang ada hati Yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga Yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan Yang sebenarnya bukanlah mata kepala Yang buta, tetapi Yang buta itu ialah mata hati Yang ada di Dalam dada." (Al-Hajj 22:46)


Barisan anggota ekspedisi JWJ2 yang akan menjelajah ke tujuh buah negara bagi misi menyusur warisan budaya Melayu dan Islam yang akan bermula pada 25 Mei hingga 14 Jun ini.
Aku (lima daripada kiri/bersongkok) dalam gambar ketika di Stong Resort, Dabong dalam Pra-JWJ2 pada April 2011 baru-baru ini.

AYAT di atas adalah bukti Allah amat menggalakkan hamba-Nya mengembara ke seluruh pelosok bumi supaya dengan cara tersebut ia boleh meningkatkan ketakwaan dan keimanan terhadap Allah Maha Esa.
Melalui pengembaraan, umat Islam bukan sahaja dapat melihat tanda-tanda kekuasaan Allah malah memperoleh pelbagai pengajaran di sepanjang destinasi yang dituju.

Sejarah pengembaraan umat Islam bermula sejak zaman Rasulullah SAW apabila buat pertama kalinya berlaku hijrah ke Habsyah diketuai sahabat Rasulullah, Jaafar Abu Talib setelah umat Islam ditindas begitu hebat ketika berada di kota suci Mekah.

Malah sebelum diangkat sebagai rasul dan nabi, Nabi Muhammad SAW pernah dibawa mengembara oleh bapa saudaranya, Abu Talib hingga ke Syam untuk berniaga.

Sementara itu, peristiwa hijrah Rasulullah, para sahabat termasuk wanita dan kanak-kanak dari Mekah ke Madinah boleh disifatkan sebagai sejarah pengembaraan Islam yang begitu hebat apabila terpaksa berhadapan dengan kekangan serta halangan kaum kafir Quraisy di Mekah.

Namun, atas izin Allah dan atas kehendak-Nya jua hijrah tersebut berjaya disempurnakan dan seterusnya menjadi titik tolak kepada kebangkitan Islam dan penyebaran Islam sehingga saat ini.

Berasaskan semangat tersebut, sekumpulan 40 rakyat Malaysia menyahut cabaran mengembara merentasi tujuh negara. Tujuannya, menyusuri sejarah kewujudan masyarakat Melayu dan Islam di kawasan utara Asia Tenggara termasuk China.

Lebih mencabar, pengembaraan ini bukannya menaiki kapal terbang tetapi mereka akan menggunakan pacuan empat roda bermula dari Malaysia kemudian ke Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, China dan Myanmar.

Mereka bakal menempuh laluan sejauh lebih 10,000 kilometer (km) dalam masa 22 hari, bermula 25 Mei dan berakhir 14 Jun 2011 melalui program Jejak Warisan Jawi II (JWJ2).

Sepanjang perjalanan, anggota ekspedisi bakal menemui sejarah-sejarah berkaitan orang Melayu, jenis dan bentuk amalan Islam di kalangan mereka.

Selain mencari salasilah warisan serta budaya Melayu, sekurang-kurangnya dengan pengembaraan seperti itu para anggota ekspedisi akan melihat secara langsung bagaimana Islam diamalkan oleh penduduk setempat.

Adakah amalan mereka serupa dengan kita ataupun sebaliknya. Sejauh mana pengetahuan mereka tentang Islam terutama ibadah wajib sama ada fardu ain mahu pun fardu kifayah.

Bagaimana pula kedudukan ekonomi mereka. Difahamkan kebanyakan mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Segala-galanya akan terjawab sebaik sahaja kumpulan ekspedisi menemui mereka sepanjang pengembaraan JWJ2.

Paling penting usaha seperti itu secara tidak langsung dapat merapatkan semula persaudaraan sesama Islam antara masyarakat Islam di Malaysia dengan masyarakat Islam di negara-negara yang akan dijelajahi.

Selain itu, kumpulan ekspedisi juga akan berusaha menjejaki penemuan-penemuan dalam bentuk material seperti al-Quran lama, tulisan khat, masjid serta sebarang bukti bertapaknya Islam di satu-satu kawasan.

Menurut Pengarah JWJ2, Zaid Muhammad Mohd. Rais, penjelajahan ini adalah atas semangat ukhuwah kerana masyarakat Islam di kawasan tersebut juga merupakan saudara-saudara seIslam.

"Dalam pengembaraan ini kita juga membawa misi kemanusiaan sama ada dalam bentuk pemberian derma, fidyah dan akikah untuk diagih-agihkan kepada mereka kerana kita difahamkan kehidupan mereka serba kekurangan," katanya.

Zaid Muhammad sebelum ini terlibat dalam ekspedisi JWJ pertama pada 12 sehingga 21 Februari tahun lalu.

Katanya, pengembaraan itu membawa keinsafan kepada semua anggota ekspedisi bahawa kehidupan masyarakat Islam di Malaysia jauh lebih baik berbanding saudara seagama di negara-negara bakal dilawati.

Misi tersebut adalah menjejaki minoriti Melayu Islam bermula di Danok, Satun, Krabi, Pantai Kemala, Bangkok sehingga Ayutthaya, 150 km dari ibu negara Thailand.

Bagaimanapun apa yang lebih menggembirakan anggota ekspedisi berjaya menemui kesan-kesan sejarah silam iaitu Islam sebenarnya telah lama bertapak di Thailand.

Antaranya adalah penemuan masjid-masjid yang berusia beratus-ratus tahun, al-Quran tulisan tangan berusia lebih 100 tahun serta kitab-kitab Jawi Melayu lama dianggar berusia ratusan tahun di Masjid Takia di Ayutthaya.

Di masjid yang sama dan di Masjid Jalan Khosan, Bangkok mereka juga menemui tulisan khat Arab 'Muhammad' dipahat di dinding masjid.

Sumber : Utusan Online (Utusan Malaysia/Sisipan MEGA Agama/Muka 12/12.4.2011)

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys