Tuesday, February 22, 2011

Layan Catur Lagi

Sebenarnya, bermain catur sangat bagus pasal ia boleh mencergaskan otak dan menajamkan kadar fokus pada diri sendiri. Tapi sayangnya aku takda partner untuk bermain dan takda 'sifu' untuk aku belajar meningkatkan kemahiran aku.. masih di tahap lama.

Pusingan 1 - Aku kalah dengan pemain rating 14++.

Lagi sekali aku terpanggil untuk memasuki pertandingan catur yang diadakan di Uptown Shah Alam, Seksyen 24 Shah Alam pada 19 Feb 2011 lalu. Pada mulanya aku cuma ajak-ajak ayam ajer kat kawan lama aku yang tinggal di Seremban tapi dia yang bersungguh-sungguh. Katanya dia sudah pun mendaftar dan membayar yuran.

Kawan aku tu si FZ telefon aku jam 9 pagi, katanya dia dah sampai di lokasi pertandingan. Sebenarnya pertandingan tu berlangsung sebelah malam iaitu 9 malam hingga 1 pagi. Terpaksa tukar rancangan kepada sarapan pagi bersama kat Restoran Darul Ehsan, Seksyen 18 Shah Alam dan berbual sehingga jam 12 tengahari.


Dapat percuma air mineral dan gula-gula.

Jam 8.30 malam, aku tiba di lokasi pertandingan tetapi pemain masih belum ramai yang sampai. Uptown memang terkenal tempat membeli-belah yang sentiasa ramai dan meriah sehingga 4 pagi.

Yuran sebanyak RM25 tapi mendukacitakan aku, dalam syarat pertandingan tertulis hanya pemain di bawah rating 1600 sahaja yang dibenarkan bermain. Dalam hati aku berdetik, ada harapan bawa balik hadiah ni. Tak leh harap punya penganjur.

Sekali, bukan setakat lebih rating 1600 tapi yang lebih 2000 (7 orang) pun turut bermain. Selain itu, pertandingan yang sepatutnya mula tepat jam 9 malam tetapi jam 10 malam baru nak bermula. Bermain 15 minit dengan 7 pusingan, pukul 1 pagi baru boleh habis agaknya.

Dipendekkan cerita, permainan pusingan-7 selesai dalam jam 2.00 pagi dengan mata yang menahan mengantuk. Keputusan untuk aku ialah dapat kedudukan ke-32 daripada 59 pemain dengan 3.5 mata dan 18 BH selepas tujuh pusingan termasuk satu kemenangan 'walk-over'.

Berita lanjut : stonemaster.info

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys