Sunday, April 03, 2011

Jalan-jalan : Bukit Belacan

Sepanjang hari ini (3 April 2011), kami enam beranak keluar rumah dengan menuju ke destinasi pertama iaitu Kompleks Warga Emas Seksyen 24 Shah Alam untuk meraikan Majlis Perkahwinan bekas rakan sepejabat di Jabatan Penilaian MBSA iaitu Mohd Najib Zainal dengan pasangannya Hidayah (Pej. Cwgn Kota Kemuning MBSA).

SILAU.. matahari petang.


Lepas tu terus gerak ke Zoo Negara dalam jam 3.45 petang. Bila sampai di sana, pintu masuk kereta sudah pun ditutup. Cuba cari 'parking' kat luar tapi ada pulak 'sorang' mamat nak 'pau' RM4.00 untuk 'parking'. Katanya, kalau 'parking' kat dalam, kena bayar RM4.10 dan waktu masuk adalah sehingga jam 5.00 petang sahaja.





Memandang jam sudah menunjukkan hampir 4.30 petang, niat untuk masuk ke dalam Zoo Negara ditangguhkan dulu. Kalau masuk juga, semua pelawat kena keluar sebelum jam 7.00 petang. Tak berbaloi rasanya kerana tiket masuk sekarang sudah mahal. Jadinya, kami cuma bergambar sahaja di luar Zoo Negara.



Sebagai ganti, kami pergi ke Bukit Belacan. Rupanya, selepas jam 5.00 petang, masuk adalah percuma. Apa lagi? kami terus masuk ke dalam dan beri kebenaran untuk anak-anak mandi walaupun takda bawa seluar lebih.


Hana sedang bercerita.


Dalam 6.30 petang, kami minum dan makan kentang goreng kat gerai di Pusat Rekreasi Bukit Belacan tu. Selepas Maghrib, kami bertolak balik ke Shah Alam melalui Jalan Ampang untuk melihat bangunan KLCC daripada dekat.


Gambar oleh Rofiq Hazat.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys