
Oleh Shaarani Ismailshaarani@bharian.com.my (2010/03/28) Abdul Rashid (kiri) tekun memainkan kompang yang sudah lama ditinggalkan.(Berbaju merah = AKU)PERJALANAN secara keseluruhan meliputi jarak sejauh 4,120 kilometer, bukan penjelajahan untuk berseronok tetapi memenuhi misi Jejak Warisan Melayu Jawi dari Semenanjung ke Ayutthaya, Thailand selama 10 hari, iaitu menjejaki masyarakat Melayu minoriti di Thailand yang kian terhakis budaya dan warisan mereka.Dalam mencari semula susur galur masyarakat Melayu yang terpisah dengan Semenanjung Tanah Melayu selepas termeterainya Perjanjian Bangkok antara Thailand, British dan Tanah Melayu pada 1909, konvoi kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang disertai 22 anggota, termasuk wakil Berita Minggu bergerak...