Wednesday, October 12, 2011

10 Tahun Perkahwinan

Genap 10 tahun hari ini (12.10.2012).. aku bergelar suami kepada Rozita Mohamed, ibu kepada 4 anak-anakku.. Mohon kalian doakan kepada Allah Taala agar dikurniakan kepada kami akan segala kebaikan dan keselamatan kami dunia dan akhirat. Amin.
 
Terima kepada kawan-kawan yang mendoakan kami..
Gambar minggu lepas
 

Thursday, September 08, 2011

Salam Eidul Fitri 1432H/2011


Walaupun hari ini sudah memasuki 10 Syawal, rasanya masih belum terlambat untuk kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1432H/2011
Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, July 14, 2011

Besdey Rofiq

Pejam celik dah 9 tahun umur anak sulung aka anak bujang aku. Peristiwa menyambut kelahirannya 9 tahun lalu di Hospital Kuala Terengganu rasanya macam baru sahaja berlalu.

Permintaan untuk dapatkan basikal ni bukan baru-baru ini tapi semenjak tahun lepas lagi. Lagi-lagi apabila ramai kawan-kawannya sudah berbasikal di sekitar kuarters ini.

Oleh sebab ibunya dah berjanji untuk hadiahkan basikal jika Rofiq aka Afiq dapat keputusan yang baik untuk peperiksaan akhir tahun lepas ketika darjah dua, maka janji itu ditunaikan pada hari ini sempena ulangtahun kelahirannya.

 Tapi bukan sebuah yang dibeli malah dua buah basikal. Apa tidaknya, si adiknya (Roqib) pun merengek meminta basikal untuknya ketika sama-sama di kedai basikal di Seksyen 18 Shah Alam ini. Tiada pilihan lain, maka 'bapak'nya pun membayar sambil pejam mata kepada tokey basikal tu.


Trio Hazat.


"SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN
YANG KE-9 (14 Julai 2002) BUAT ANAKKU,
ROFIQ HAZAT BIN RUZY HAZAT"

Saturday, May 21, 2011

JWJ2 : Debaran Kian Terasa

Hanya tinggal tidak sampai 6 hari lagi, maka Ekspidisi Jejak Warisan Jawi II (JWJ2) ini akan memulakan langkah pertama dalam mengharungi perjalanan darat sejauh hampir 14,000 km yang melibatkan 7 Negara.

Aku yang ditugaskan sebagai Ketua Kumpulan Kompang untuk projek JWJ2 akan mengadakan persembahan kebudayaan di beberapa tempat dan kampung yang bakal dilawati. Walau pun sesi latihan kompang kurang berjalan lancar, harapnya persembahannya nanti tidak akan mengecewakan.

Khabar tentang projek ini sudah semakin tersebar dan akhirnya telah diangkat sebagai suatu program kementerian (KPKK) dan mendapat rakan media rasmi tujuan promosi dan membuat liputan sepanjang perjalanan kami nanti.

Berikut adalah rakaman wawancara Radio 93.9 fm (Bernama Radio) dengan Penasihat dan Pengarah Projek JWJ2 pada 20.50.2011, 8.30 pagi.





Monday, May 16, 2011

JWJ : Kembara 7 Negara JWJ2

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD


Mafhum Firman Allah Taala : "Oleh itu, Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - Dengan melihat kesan-kesan Yang tersebut - mereka menjadi orang-orang Yang ada hati Yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga Yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan Yang sebenarnya bukanlah mata kepala Yang buta, tetapi Yang buta itu ialah mata hati Yang ada di Dalam dada." (Al-Hajj 22:46)


Barisan anggota ekspedisi JWJ2 yang akan menjelajah ke tujuh buah negara bagi misi menyusur warisan budaya Melayu dan Islam yang akan bermula pada 25 Mei hingga 14 Jun ini.
Aku (lima daripada kiri/bersongkok) dalam gambar ketika di Stong Resort, Dabong dalam Pra-JWJ2 pada April 2011 baru-baru ini.

AYAT di atas adalah bukti Allah amat menggalakkan hamba-Nya mengembara ke seluruh pelosok bumi supaya dengan cara tersebut ia boleh meningkatkan ketakwaan dan keimanan terhadap Allah Maha Esa.
Melalui pengembaraan, umat Islam bukan sahaja dapat melihat tanda-tanda kekuasaan Allah malah memperoleh pelbagai pengajaran di sepanjang destinasi yang dituju.

Sejarah pengembaraan umat Islam bermula sejak zaman Rasulullah SAW apabila buat pertama kalinya berlaku hijrah ke Habsyah diketuai sahabat Rasulullah, Jaafar Abu Talib setelah umat Islam ditindas begitu hebat ketika berada di kota suci Mekah.

Malah sebelum diangkat sebagai rasul dan nabi, Nabi Muhammad SAW pernah dibawa mengembara oleh bapa saudaranya, Abu Talib hingga ke Syam untuk berniaga.

Sementara itu, peristiwa hijrah Rasulullah, para sahabat termasuk wanita dan kanak-kanak dari Mekah ke Madinah boleh disifatkan sebagai sejarah pengembaraan Islam yang begitu hebat apabila terpaksa berhadapan dengan kekangan serta halangan kaum kafir Quraisy di Mekah.

Namun, atas izin Allah dan atas kehendak-Nya jua hijrah tersebut berjaya disempurnakan dan seterusnya menjadi titik tolak kepada kebangkitan Islam dan penyebaran Islam sehingga saat ini.

Berasaskan semangat tersebut, sekumpulan 40 rakyat Malaysia menyahut cabaran mengembara merentasi tujuh negara. Tujuannya, menyusuri sejarah kewujudan masyarakat Melayu dan Islam di kawasan utara Asia Tenggara termasuk China.

Lebih mencabar, pengembaraan ini bukannya menaiki kapal terbang tetapi mereka akan menggunakan pacuan empat roda bermula dari Malaysia kemudian ke Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, China dan Myanmar.

Mereka bakal menempuh laluan sejauh lebih 10,000 kilometer (km) dalam masa 22 hari, bermula 25 Mei dan berakhir 14 Jun 2011 melalui program Jejak Warisan Jawi II (JWJ2).

Sepanjang perjalanan, anggota ekspedisi bakal menemui sejarah-sejarah berkaitan orang Melayu, jenis dan bentuk amalan Islam di kalangan mereka.

Selain mencari salasilah warisan serta budaya Melayu, sekurang-kurangnya dengan pengembaraan seperti itu para anggota ekspedisi akan melihat secara langsung bagaimana Islam diamalkan oleh penduduk setempat.

Adakah amalan mereka serupa dengan kita ataupun sebaliknya. Sejauh mana pengetahuan mereka tentang Islam terutama ibadah wajib sama ada fardu ain mahu pun fardu kifayah.

Bagaimana pula kedudukan ekonomi mereka. Difahamkan kebanyakan mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Segala-galanya akan terjawab sebaik sahaja kumpulan ekspedisi menemui mereka sepanjang pengembaraan JWJ2.

Paling penting usaha seperti itu secara tidak langsung dapat merapatkan semula persaudaraan sesama Islam antara masyarakat Islam di Malaysia dengan masyarakat Islam di negara-negara yang akan dijelajahi.

Selain itu, kumpulan ekspedisi juga akan berusaha menjejaki penemuan-penemuan dalam bentuk material seperti al-Quran lama, tulisan khat, masjid serta sebarang bukti bertapaknya Islam di satu-satu kawasan.

Menurut Pengarah JWJ2, Zaid Muhammad Mohd. Rais, penjelajahan ini adalah atas semangat ukhuwah kerana masyarakat Islam di kawasan tersebut juga merupakan saudara-saudara seIslam.

"Dalam pengembaraan ini kita juga membawa misi kemanusiaan sama ada dalam bentuk pemberian derma, fidyah dan akikah untuk diagih-agihkan kepada mereka kerana kita difahamkan kehidupan mereka serba kekurangan," katanya.

Zaid Muhammad sebelum ini terlibat dalam ekspedisi JWJ pertama pada 12 sehingga 21 Februari tahun lalu.

Katanya, pengembaraan itu membawa keinsafan kepada semua anggota ekspedisi bahawa kehidupan masyarakat Islam di Malaysia jauh lebih baik berbanding saudara seagama di negara-negara bakal dilawati.

Misi tersebut adalah menjejaki minoriti Melayu Islam bermula di Danok, Satun, Krabi, Pantai Kemala, Bangkok sehingga Ayutthaya, 150 km dari ibu negara Thailand.

Bagaimanapun apa yang lebih menggembirakan anggota ekspedisi berjaya menemui kesan-kesan sejarah silam iaitu Islam sebenarnya telah lama bertapak di Thailand.

Antaranya adalah penemuan masjid-masjid yang berusia beratus-ratus tahun, al-Quran tulisan tangan berusia lebih 100 tahun serta kitab-kitab Jawi Melayu lama dianggar berusia ratusan tahun di Masjid Takia di Ayutthaya.

Di masjid yang sama dan di Masjid Jalan Khosan, Bangkok mereka juga menemui tulisan khat Arab 'Muhammad' dipahat di dinding masjid.

Sumber : Utusan Online (Utusan Malaysia/Sisipan MEGA Agama/Muka 12/12.4.2011)

Saturday, May 07, 2011

JWJ : Menjejaki Warisan Melayu

Menjejaki warisan Melayu



Kosmo Online 24.4.2011


MENYELUSURI catatan sejarah lama, nama Srivijaya memang mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam alam Melayu.

Kehebatannya menakluk kerajaan-kerajaan lain sehingga membentuk sebuah empayar Melayu yang pertama di Gugusan Kepulauan Melayu antara kurun kelapan hingga ke-11 membuktikan ia kerajaan yang sangat hebat ketika itu.

Itu kisah dunia Melayu lama. Kisah yang menjadi pencetus inspirasi kepada sekumpulan anak Melayu tempatan yang bersatu merentas tujuh negara untuk menjejak warisan bangsa yang masih bertapak di tinggalan empayar Srivijaya.

Begerak di bawah payung Majma’ Warisan dan Budaya Jawi, program Jejak Warisan Jawi, (JWJ) mempunyai matlamat untuk mengesan dan merungkai salasilah warisan budaya kelompok Melayu di tujuh negara serantau bakal dicapai tidak lama lagi.

“Ekspedisi ini memang sukar, namun ia bukan mustahil untuk dijayakan.

“Kita pernah melakukannya sebelum ini dan kali ini kami yakin, kami akan berjaya,” ujar salah seorang anggota ekspedisi JWJ, Zaid Mohammad Mohd. Rais, 37.

Bakal ke Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, China dan Myanmar pada 28 Mei hingga 13 Jun ini, JWJ kini giat merapikan segala kelengkapan demi memastikan kembara merentas warisan yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda itu berjalan lancar.


Miskin
Berkongsi pengalaman tentang ekspedisi sebelum ini, Zaid mengakui beliau tidak meragui kehebatan dunia Melayu pada zaman silam.

“Pengaruh kerajaan Melayu lama sangat kuat dan sehingga kini budaya dan adat resam yang menjadi warisan bangsa masih lagi diamalkan, walaupun mereka tidak lagi diperintah oleh kerajaan Melayu,” katanya yang mengembara ke pantai Thailand untuk mengesan jejak masyarakat Melayu bersama rakan-rakannya tahun lalu.

Pertemuannya dengan beberapa kelompok orang Melayu memberikan Zaid pandangan yang sama tentang kelangsungan budaya di bumi asing.

“Mereka berpakaian sama seperti kita. Makan minum juga tidak banyak bezanya.

“Hidup dalam keadaan serba sederhana dan miskin, mereka banyak bergantung kepada kegiatan pertanian seperti getah dan padi. Selain itu, sektor agro pelancongan juga menjadi mata pencarian mereka.





JEJAK Warisan Jawi mengharapkan sokongan daripada semua pihak untuk meneruskan ekspedisi menjejaki komuniti Melayu di bumi asing.



“Sayangnya, segelintir sahaja yang masih boleh bercakap dan memahami bahasa Melayu, itu pun dalam kalangan yang sudah berusia,” katanya.

Tidak pergi dengan tangan kosong, Zaid dan 30 lagi rakannya turut membawa pengisian budaya dan agama dengan harapan masyarakat Melayu yang ditemuinya berpeluang mengenali warisan bangsa.

Kompang

“Anggota JWJ menjadi orang serba boleh dalam ekspedisi ini.

“Kami memandu dan menjejaki penempatan mereka secara bergilir-gilir. Tiba di sana, kami akan disambut dan kami turut memberi sambutan balas.

“Kami akan bersilat, berkompang, berzanji, bernazam, menganjurkan bengkel agama selain menghulurkan sedikit sumbangan buat mereka,” katanya yang berkesempatan menemui waris dan keluarga wanita legenda Langkawi iaitu Mahsuri ketika melawat Patong yang juga dikenali sebagai Pantai Kemala.

Pertemuan kumpulannya dengan seorang lelaki berusia 80 tahun di Klong Muang, Krabi, menitipkan rasa insaf dalam jiwa lelakinya.

“Ketika kami berkompang dan berzanji, seorang lelaki tua datang kepada kami sambil mengesat air matanya.

“Menurut ceritanya, dia berasal dari Kedah. Apabila melihat kami membuat persembahan, ia mengingatkannya kepada kenangan sewaktu membesar di Kedah.

“Katanya, sejak berpindah ke Klong Muang, itulah kali pertama dia melihat orang bermain kompang,” katanya yang sempat bermalam di rumah orang Melayu di sana.

Kitab lama

Pengembaraan JWJ yang bermula di Danok, Satun, Krabi, Pantai Kemala hingga ke Bangkok dan Ayutthaya menemukan mereka dengan pelbagai warisan Melayu yang bumi Gajah Putih itu.


BUDAYA Melayu seperti berkompang antara yang diterapkan setiap kali ekspedisi JWJ berhenti di penempatan komuniti Melayu.



Aku yang berbaju merah, ketika persembahan kompang di Koh Klang, Krabi.



“Di Bangkok, ada Masjid Darul Aman yang usianya sudah beratus-ratus tahun dan masih jelas pengaruh seni bina Melayu pada rekaannya.

“Sempat juga kami menghadiri kenduri tahlil yang dianjurkan sebuah masjid di situ dan upacara yang dilakukan juga sama dengan yang dilakukan di sini.

“Di Bangkok juga, ada Masjid Kosan yang masih bertahan selepas 200 tahun dibina.

“Perjalanan kami diteruskan ke Ayutthaya, kira-kira 70 kilometer dari Bangkok.

“Di sana ada Masjid Takia yang usianya telah mencecah 500 tahun.

“Di situ juga kami menemui beberapa naskhah al-Quran dan kitab lama tulisan tangan disimpan di dalam sebuah kotak yang diletakkan di belakang mimbarnya.

“Di sekitar Ayutthaya juga terdapat banyak candi yang dipercayai bekas masjid berdasarkan teori pembinaannya yang menghadap kiblat,” cerita Zaid.

Adrenalin untuk menjejaki warisan Melayu tidak pernah terhenti buat anggota ekspedisi JWJ.
Selepas kejayaan siri pertama, program seumpama diatur dengan kolaborasi dua universiti tempatan iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam memantapkan lagi pengisian program berteraskan budaya dan warisan agama ini.

Inisiatif JWJ yang turut disertai golongan profesional, usahawan, peniaga dan penuntut universiti ini perlu dipuji kerana ia merupakan satu-satunya program ekspedisi yang menjejak warisan bangsa di bumi asing.

“Kami mengharapkan sokongan daripada semua pihak untuk menjayakan program ini. Ia bukan bersifat peribadi, sebaliknya ia adalah kembara bangsa yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kita semua.

“Kehidupan tanpa pengekalan budaya dan warisan di bumi asing yang ingin kami kongsikan diharapkan sedikit sebanyak mampu menggetarkan rasa insaf dalam diri kita.

“Jika kita tidak mengekalkan agama, budaya dan adat resam warisan kita, tidak mustahil satu hari nanti, ramai yang tidak akan mengenal silat dan kompang.

Monday, April 11, 2011

Jalan-jalan : Kota Melaka

13 Mac 2011 - Selepas menghadiri Walimatul Urus di Paya Dalam, Melaka, kami mengambil kesempatan untuk meronda-ronda di Bandar Melaka.

Hang Jebat.. kereta perisai PDRM.

Selepas melalui beberapa tempat, akhirnya kami memilih untuk berhenti di Bandar Hilir. Tiada yang menarik untuk membawa anak-anak, maka kami terus tuju ke Kota A'Farmosa.

Abang Beca.. sekadar tumpang bergambar.

Abang Beca menawarkan kami menaiki beca beliau untuk meronda-ronda di kawasan Bandar Hilir. Oleh sebab bayaran yang diminta agak tinggi (sekitar RM15), maka kami cuma bergambar sahaja dengan beca beliau.

5.36 pm - memulakan aktiviti mendaki bukit.

Aku menemai tiga orang anak aku untuk memanjat ke atas bukit untuk setengah jam sahaja. Aktiviti di atas bukit tiada banyak yang berubah, ada penjual cenderahati dan pemain muzik sahaja.
5.39 pm

Dalam jam 6.30 petang, kami bertolak pulang ke Kg Serom, Ledang semula selepas singgah di kedai kraftangan dan kedai minum di tingkat bawah Dataran Bandar Hilir.

Aksi Royhanah

Ada masa nanti, kami datang lagi untuk bercuti yang betul-betul bercuti.

Sunday, April 03, 2011

Jalan-jalan : Bukit Belacan

Sepanjang hari ini (3 April 2011), kami enam beranak keluar rumah dengan menuju ke destinasi pertama iaitu Kompleks Warga Emas Seksyen 24 Shah Alam untuk meraikan Majlis Perkahwinan bekas rakan sepejabat di Jabatan Penilaian MBSA iaitu Mohd Najib Zainal dengan pasangannya Hidayah (Pej. Cwgn Kota Kemuning MBSA).

SILAU.. matahari petang.


Lepas tu terus gerak ke Zoo Negara dalam jam 3.45 petang. Bila sampai di sana, pintu masuk kereta sudah pun ditutup. Cuba cari 'parking' kat luar tapi ada pulak 'sorang' mamat nak 'pau' RM4.00 untuk 'parking'. Katanya, kalau 'parking' kat dalam, kena bayar RM4.10 dan waktu masuk adalah sehingga jam 5.00 petang sahaja.





Memandang jam sudah menunjukkan hampir 4.30 petang, niat untuk masuk ke dalam Zoo Negara ditangguhkan dulu. Kalau masuk juga, semua pelawat kena keluar sebelum jam 7.00 petang. Tak berbaloi rasanya kerana tiket masuk sekarang sudah mahal. Jadinya, kami cuma bergambar sahaja di luar Zoo Negara.



Sebagai ganti, kami pergi ke Bukit Belacan. Rupanya, selepas jam 5.00 petang, masuk adalah percuma. Apa lagi? kami terus masuk ke dalam dan beri kebenaran untuk anak-anak mandi walaupun takda bawa seluar lebih.


Hana sedang bercerita.


Dalam 6.30 petang, kami minum dan makan kentang goreng kat gerai di Pusat Rekreasi Bukit Belacan tu. Selepas Maghrib, kami bertolak balik ke Shah Alam melalui Jalan Ampang untuk melihat bangunan KLCC daripada dekat.


Gambar oleh Rofiq Hazat.

Friday, April 01, 2011

1 April ?

Hari ini (1hb April) pada tahun 2009, aku ke Putrajaya seawal 7.00 pagi untuk melapor diri di JAKIM sebagai Penolong Pegawai. Hampir 80 orang yang sama urusan dengan aku tapi aku cuma pergi seorang diri sahaja.
 
Taklimat pertama bermula pada jam 10 pagi dan berehat untuk makan tengahari seterusnya bersambung taklimat terakhir pada jam 2.30 petang. Masing-masing berdebar jantung menantikan keputusan penempatan yang akan diumumkan pada jam 4.00 petang.
Akhirnya, aku dan rakan-rakan lain seramai 32 orang diminta untuk melaporkan diri di Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman. Manakala yang lain pula, ada yang dapat penempatan di JAKIM, JAIS, Darul Quran, Jabatan Penjara, Institut Pertanian, JAWI dan ILIM serta AADK.
30 April 2011 - IPD Shah Alam

Tahniah Sharizan, KCA Kajang
Pada 3.42 pm petang tadi, aku terima mesej daripada sahabat aku yang sama-sama melapor diri di JAKIM dan Bukit Aman yang berbunyi "Syukur Alhamulillah ke hadrat Ilahi, putra sulung kami selamat dilahirkan pd hari ni bertarikh 1 April 2011 jam 3.15 … amin barakallah."
April Fool ker ni? Takkan ler pulak nak main-main dengan berita baik ni. Aku terus balas pada jam 3.48 pm " BarakaLLahu Lakum.. Tahniah. Welkam to Kelab Bapa Sedunia.. Mesti terharu punyer.." Pasal aku dah empat (4) kali lalu benda dan pengalaman ni.

Wednesday, March 30, 2011

Hari Polis Ke-204

'Banner' Hari Polis Ke-204 IPD Shah Alam

Tahun ini merupakan tahun kedua aku meraikan Hari Polis sebagai sebahagian daripada warga PDRM. Dan merupakan Peringatan Hari Polis Ke-204 dengan tema 'Hala Tuju PDRM Dalam Abad Ketiga pada tahun 2011 ini.

Sebanyak sebelas (11) acara yang telah dirancang sempena Hari Polis Ke-204 peringkat IPD Shah Alam di mana aku terlibat secara langsung dalam kebanyakan acara khususnya sebagai Pembaca Doa.

Gelagat Anak-anak


Gelagat anak-anak aku di padang sukan UKM Bangi. Mereka menemani aku ketika memulangkan jubah dan mengambil transkripsi ijazah pada 15 Ogos 2010.

Wednesday, March 23, 2011

Beramal dengan empat jalan



"Maka sesiapa beramal Feqah dan Usuluddin TANPA Tasawwuf Hakikat maka sesungguhnya fasiq ia. Dan sesiapa beramal Tasawwuf Hakikat TANPA Feqah dan Usuluddin maka sesunggunya kafir ia. Dan sesiapa beramal kesemuanya maka sesungguhnya benar ia di sisi Allah. - Imam Junaidi"
Frame ini aku 'tangkap' kat sebuah madrasah di Kg Telok Malek, Mukim Naga, Jitra. Aku sampai kat sana pada 5 Mac 2011 lalu pada jam 9.15 malam dengan sahabat-sahabat aku seramai sepuluh (10) orang.

Saturday, February 26, 2011

Lafaz Shalawat

Bacaan

Rujukan

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

[An-Nasa'iy/ 1289, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

[An-Nasa'iy/ 1292, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

[Al-Muwatta'/ 459, sahih], [Ibnu Hibban/ 1958, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

[An-Nasa'iy/ 1291, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

[Al-Bukhariy/ 4519], [Ibnu Majah/ 904, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

[Muslim/ 405], [Al-Muwatta'/ 459, sahih], [An-Nasa'iy/ 1285, sahih], [Ibnu Hibban/ 1965, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّك حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبِارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

[Muslim/ 406]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّك حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بِارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

[Ibnu Hibban/ 1964, sahih], [Al-Bukhariy/ 5996], [Muslim/ 406], [An-Nasa'iy/ 1287, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

[An-Nasa'iy/ 1288, sahih], [An-Nasa'iy/ 1290, sahih], [Ibnu Hibban/ 1957, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

[Al-Bukhariy/ 3190]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

[Ibnu Hibban/ 1959, isnadnya sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ

[Ibnu Majah/ 903, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ

[Al-Bukhariy/ 5997]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ

[An-Nasa'iy/ 1293, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ

[Al-Bukhariy/ 4520]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آل إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ

[Al-Bukhariy/ 4520]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آل إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ

[Al-Bukhariy/ 4520]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

[Al-Bukhariy/ 3189]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

[Ibnu Majah/ 905, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

[An-Nasa'iy/ 1294, sahih], [Al-Bukhariy/ 5999], [Al-Muwatta'/ 458, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

[Muslim/ 407]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ

[An-Nasa'iy/ 1286, isnadnya sahih]

Tuesday, February 22, 2011

Layan Catur Lagi

Sebenarnya, bermain catur sangat bagus pasal ia boleh mencergaskan otak dan menajamkan kadar fokus pada diri sendiri. Tapi sayangnya aku takda partner untuk bermain dan takda 'sifu' untuk aku belajar meningkatkan kemahiran aku.. masih di tahap lama.

Pusingan 1 - Aku kalah dengan pemain rating 14++.

Lagi sekali aku terpanggil untuk memasuki pertandingan catur yang diadakan di Uptown Shah Alam, Seksyen 24 Shah Alam pada 19 Feb 2011 lalu. Pada mulanya aku cuma ajak-ajak ayam ajer kat kawan lama aku yang tinggal di Seremban tapi dia yang bersungguh-sungguh. Katanya dia sudah pun mendaftar dan membayar yuran.

Kawan aku tu si FZ telefon aku jam 9 pagi, katanya dia dah sampai di lokasi pertandingan. Sebenarnya pertandingan tu berlangsung sebelah malam iaitu 9 malam hingga 1 pagi. Terpaksa tukar rancangan kepada sarapan pagi bersama kat Restoran Darul Ehsan, Seksyen 18 Shah Alam dan berbual sehingga jam 12 tengahari.


Dapat percuma air mineral dan gula-gula.

Jam 8.30 malam, aku tiba di lokasi pertandingan tetapi pemain masih belum ramai yang sampai. Uptown memang terkenal tempat membeli-belah yang sentiasa ramai dan meriah sehingga 4 pagi.

Yuran sebanyak RM25 tapi mendukacitakan aku, dalam syarat pertandingan tertulis hanya pemain di bawah rating 1600 sahaja yang dibenarkan bermain. Dalam hati aku berdetik, ada harapan bawa balik hadiah ni. Tak leh harap punya penganjur.

Sekali, bukan setakat lebih rating 1600 tapi yang lebih 2000 (7 orang) pun turut bermain. Selain itu, pertandingan yang sepatutnya mula tepat jam 9 malam tetapi jam 10 malam baru nak bermula. Bermain 15 minit dengan 7 pusingan, pukul 1 pagi baru boleh habis agaknya.

Dipendekkan cerita, permainan pusingan-7 selesai dalam jam 2.00 pagi dengan mata yang menahan mengantuk. Keputusan untuk aku ialah dapat kedudukan ke-32 daripada 59 pemain dengan 3.5 mata dan 18 BH selepas tujuh pusingan termasuk satu kemenangan 'walk-over'.

Berita lanjut : stonemaster.info

Sunday, February 06, 2011

Layan Catur

Kali terakhir aku masuk pertandingan catur ialah Sukan Kerajaan Tempatan (SKT) Selangor, MPPJ 2005 pada bulan Julai 2005 bagi mewakili Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Kalau 'takda' SKT memang tak merasa aku masuk pertandingan. Kemudian acara catur tidak dipertandingkan lagi dalam SKT Selangor sehinggalah tahun 2009 oleh MPK (Klang) tetapi ketika itu aku dah tidak bekerja lagi di MBSA.

Rofiq tidak bermain hanya menemani sepanjang pertandingan.

Tiba-tiba aku terpandang iklan pertandingan Cerdik Catur Kali-2, maka aku cepat-cepat mendaftar sebanyak RM25 ke akaun penganjur (orang yang ke-8 yang membuat bayaran pendaftaran). Oleh kerana aku nak lepaskan gian, aku sanggup tidak ke mana-mana walau pun hari pertandingan jatuh ketika cuti panjang CNY (pada hal takda budget utk pergi bercuti).

7 Pusingan Swiss / 25 minit

Pada 5 Feb 2011 (semalam) dalam jam 9.00 pagi, aku dan anak aku (Rofiq) sampai ke lokasi iaitu DATCC, Tingkat 4, Kompleks Wilayah, Jalan Munsyi Abdulah, Kuala Lumpur dengan menaiki 'Kancil Biru'. Mendaftar kehadiran dan dapat sebagai pemain pilihan ke-109 daripada 113 pemain sebab aku tiada 'rating' MCF. Sebanyak 7 pusingan Swiss dijalankan dengan 25 minit. Pusingan 1 bermula jam 10.00 pagi dan pusingan terakhir (7) pada jam 5.00 petang.

Penyampaian hadiah dijalankan pada jam 6.30 petang dengan dimulai dengan 10 cabutan bertuah (termasuk hamper bernilai RM100 dan telefon bimbit) dan ucapan Hj Ibrahim Abu Bakar, Timbalan Presiden Persatuan Catur Malaysia. Tahniah kepada Johan pertandingan iaitu Muhd Syazwan Zulkifli (UIAM).

Gelagat Pemain-pemain

Keputusan aku dalam 7 pusingan:

Round 1 : AKU lwn Dinesh Siddharthan (0-1)

Round 2 : Ariffudin Junaidi lwn AKU (0-1)

Round 3 : AKU lwb Khir Amin (1-0)

Round 4 : Jason Lim lwn AKU (1-0)

Round 5 : AKU lwn Kong Dak Nam (1-0)

Round 6 : Ainul Hakim lwn AKU (1-0)

Round 7 : AKU lwn Muhammad Alizan (0.5-0.5)

Keputusan Penuh : Klik di sini

Aku dapat No.58 dengan 3.5 mata dan 24 BH.

p/s bercadang untuk layan lagi pada 19.2.2011 di Pertandingan Catur Uptown Shah Alam Ke-2.

Saturday, January 01, 2011

Salam 1.1.11


"1Aqidah.. 1Syariat.. 11Rukun (Rukun Islam + Rukun Islam)."

"Cuma pertukaran kalendar sahaja."

"Hijrah Diri bermula daripada Hijrah Minda."

"Selalulah gunakan dan membuka minda bila berbicara. Minda tertutup ibarat penerjun dengan payung terjun yang tidak terbuka.. tidak selamat."

"Peluang @ usia untuk hidup di atas dunia semakin pendek."

"Tambah Ilmu Tambah Iman Tambah Amal"

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys