Jalan-jalan 3 April 2011
Lepas tu terus gerak ke Zoo Negara dalam jam 3.45 petang. Bila sampai di sana, pintu masuk kereta sudah pun ditutup. Cuba cari 'parking' kat luar tapi ada pulak 'sorang' mamat nak 'pau' RM4.00 untuk 'parking'. Katanya, kalau 'parking' kat dalam, kena bayar RM4.10 dan waktu masuk adalah sehingga jam 5.00 petang sahaja.
1 April
Hari ini (1hb April) pada tahun 2009, aku ke Putrajaya seawal 7.00 pagi untuk melapor diri di JAKIM sebagai Penolong Pegawai. Hampir 80 orang yang sama urusan dengan aku tapi aku cuma pergi seorang diri sahaja.
Beramal dengan empat jalan
Maka sesiapa beramal Feqah dan Usuluddin TANPA Tasawwuf Hakikat maka sesungguhnya fasiq ia. Dan sesiapa beramal Tasawwuf Hakikat TANPA Feqah dan Usuluddin maka sesunggunya kafir ia. Dan sesiapa beramal kesemuanya maka sesungguhnya benar ia di sisi Allah. - Imam Junaidi.
Gelagat Anak-anak
Gelagat anak-anak aku di padang sukan UKM Bangi. Mereka menemani aku ketika memulangkan jubah dan mengambil transkripsi ijazah pada 15 Ogos 2010.
Layan Catur Lagi
Sebenarnya, bermain catur sangat bagus pasal ia boleh mencergaskan otak dan menajamkan kadar fokus pada diri sendiri. Tapi sayangnya aku takda partner untuk bermain dan takda 'sifu' untuk aku belajar meningkatkan kemahiran aku.. masih di tahap lama.