Wednesday, February 10, 2010

Nak Jadi Blogger?

Layan 'games' lagi mudah

Bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang.. pepatah biasa yang kita dengar. Untuk jadi 'blogger' sebenarnya bukan susah pun. Daftar akaun di blogger.com atau wordpress.com dan buat satu 'post' serta 'publish'kan dah boleh dikira sebagai 'blogger'. Tapi dikira sebagai tahap 'beginner' lah tu.

Sebagai seorang 'blogger', kita mesti bertanggungjawab dengan apa yang ditulis walaupun sekadar kisah fantasia atau himpunan cerita dongeng sekali pun. Kemudian, memilih tema yang sesuai dengan memberi tajuk dan perihal blog yang dicipta. Tema politik, keluarga, e-majalah, berita, buletin kumpulan dan lain-lain.

Apa itu blog? apa agaknya, mungkin sebuah jurnal yang boleh dikongsi secara maya di mana penulis boleh menulis tentang sebarang perihal termasuk hobi, pengalaman, sukan dan sebagainya. Dalam blog ini AKU memilih tema hal kekeluargaan KAMI yang mungkin terselit tulisan-tulisan yang di luar tema. Nak menulis bukannya susah tapi bab mengarang yang susahnya pasal nak kena perah idea, semak bahasa, tulisan yang mudah difahami dan mesti rajin. Kalau setakat mengadap PC untuk bermain 'games' tu, memang antara minat utama AKU.

'Posting' pertama aku di dalam penulis blog di dalam blogspot ini ialah pada 7 Nov 2006 jam 12.04pm di
Blog Buletin Cekak Selangor yang mana AKU sebagai pengasas atau 'admin'nya pada ketika itu. Tapi untuk mencipta blog sendiri, memang memakan masa memandangkan belum jumpa tema yang sesuai sehinggalah terciptanya blog ini.

p/s : jadilah blogger yang baik walaupun bukan yang terbaik.

2 comments:

ponpakya said...

syabas anda telah berjaya menjadi blogger dan kemampuan anda dalam hal ini terpancar... teruskan agar ternama sebagai blogger yg membawa mesej yg baik untuk bangsa, negara dan agama

Papa HAZAT said...

Terima kasih. Mungkin akan ada beberapa blog lagi tetapi berlainan tema. Akan terus rajin menulis.

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys