![]() |
Hang Jebat.. kereta perisai PDRM. |
Selepas melalui beberapa tempat, akhirnya kami memilih untuk berhenti di Bandar Hilir. Tiada yang menarik untuk membawa anak-anak, maka kami terus tuju ke Kota A'Farmosa.
![]() |
Abang Beca.. sekadar tumpang bergambar. |
Abang Beca menawarkan kami menaiki beca beliau untuk meronda-ronda di kawasan Bandar Hilir. Oleh sebab bayaran yang diminta agak tinggi (sekitar RM15), maka kami cuma bergambar sahaja dengan beca beliau.
![]() |
5.36 pm - memulakan aktiviti mendaki bukit. |
Aku menemai tiga orang anak aku untuk memanjat ke atas bukit untuk setengah jam sahaja. Aktiviti di atas bukit tiada banyak yang berubah, ada penjual cenderahati dan pemain muzik sahaja.
![]() |
5.39 pm |
![]() |
Aksi Royhanah |
Ada masa nanti, kami datang lagi untuk bercuti yang betul-betul bercuti.